Friday, November 5, 2010

cErita-Cerita lUCu 2

perang besar ungkapan cinta


Teruna : "Akhirnya inilah saat yang aku tunggu sekian lama."
Dara : "Apakah kau rela kalau aku pergi?"
Teruna : "Tentu Tidak! Jangan sesekali kau berpikiran seperti itu."
Dara :
 "Apakah kau mencintaiku?"
Teruna: : "Tentu! Selamanya akan tetap begitu."
Dara :
 "Apakah kau pernah berlaku curang?"
Teruna :
 "Tidak! Aku tak akan sesekali melakukan hal seburuk itu."
Dara:
 "Maukah kau menciumku?"
Teruna :
 "Ya..."
Dara :
 "Sayangku... Sesudah 5 tahun nikah..."

* Sila baca dari bawah ke atas.


Anjing pintar


Dua orang perempuan sedang bercerita tentang anjing-anjing mereka.

Keduanya saling membesar-besarkan cerita mengenai kepintaran binatang peliharaan mereka.
Perempuan 1: Anjing aku hebat betul. Tiap pagi, dia tunggu penjual akhbar, anjing aku akan membawa akhbar tersebut ke tempat aku sedang bersarapan.

Perempuan 2: Ya, aku tahu tu.

Perempuan 1: (hairan) “Dari mana kau tahu?

Perempuan 2: Anjing aku yang cerita.”


Ganti pakaian


Dalam Kompeni A sebuah pasukan tentera yang sudah berbulan-bulan bertugas di pedalaman Sarawak, sampai suatu ketika mereka dikumpulkan oleh Kapten mereka.

"Saya ada dua berita untuk kamu semua, berita baik dan berita buruk. Berita baiknya, hari ini pakaian dalam kita akan diganti..."

"
Horaiii! Siap, kapten!" jerit seluruh anggota pasukan dengan gembira.

"Nah, sekarang berita buruknya
. Ahmad, ganti pakaian dalam kamu dengan kepunyaan Abu. Ah Meng, kamu ganti dengan kepunyaan Salim..."


Akhir dari sebuah pertengkaran


Ketika makan tengahari bersama, Pian berbual dengan Amat jiran sebelah rumahnya.

Pian:
 "Amat, aku dengar semalam kau bertengkar dengan isteri kau?"

Amat:
 "Ya betul..."

Pian: "Mesti hebat kan? Jadi akhirnya macam mana?"

Amat:
 "Akhirnya dia berlutut di depan aku..."

Pian:
 "Wuahhhh hebat sekali kau... kau memang jantan sejati, kemudian apa kata isteri kau?"

Amat:
 "Isteri aku berteriak dengan kerasnya, "Hei kalau kau anak jantan, keluarlah dari bawah katil tu dan hadapi aku!!"

Pian:
 "@#$!%^&%"


Salah selipar


Seorang bapa pergi dengan anaknya untuk berjalan-jalan menghirup udara segar, belum berapa jauh berjalan, si bapa baru sedar bahawa selipar yang dipakainya berlainan warna, yang kanan merah dan yang kiri berwarna biru.

Kerana malas untuk kembali ke rumah, ia menyuruh anaknya untuk pulang mengambilkan selipar yang betul, dan sementara itu dia menunggu dibawah pohon yang rendang.

Setelah berapa lama
, si anak kembali dengan tangan kosong.

"
Kenapa kamu tidak bawa seliparnya .....?!!", kata bapa dengan susah hati.

"Sia-sia je pak.., selipar yang dirumah juga berlainan warna..."

2 comments: