Saturday, November 6, 2010

cErita-Cerita lUCu 3

hey2...dak comel kmbli ag...tpi korank ag comel kowt(bodek)..hee...ngee~~..pe kbor korank cmue..
cerita nie da msok yg ke 3 daa...hrap2 korank ske larh erq..enjoy !


Tipah tertelan duit



Malam tu, sepasang suami isteri dah bersiap-siap nak masuk ke bilik tidur bila tiba-tiba mereka terdengar suara anak bongsu mereka menangis. Mereka pun pergi mendapat anak itu lalu bertanyakan kenapa dia menangis.. Si anak menjawab dia tertelan duit syiling lima sen dan sekarang dia takut akan mati sebab tertelan duit tu, lalu terus menangis teresak-esak.

Si ayah yang buntu nak memujuk anak itu tiba-tiba teringat duit dalam poket seluarnya lalu mengeluarkan duit lima sen. Kemudian si ayah
berpura-pura membuat magik dan mengeluarkan duit lima sen dari telinga anaknya. "Ha, kan ayah dah keluarkan ni." Si anak teruja dan terus berhenti menangis. Sepantas kilat anak itu mengambil duit lima sen itu dan menelannya lalu berkata, "Buat lagi sekali ayah."



Baju corak sama



Ramli baru pulang dari pejabatnya ketika isterinya Shima meminta maaf kepadanya..

Shima :
 Abang.. maaf ya, saya baru saja selesai sterika baju abang tetapi kerana terlalu panas.. lengannya hangus... 

Ramli :
 Tak apalah... Shima masih ingatkan dalam almari, abang masih ada baju yang sama coraknya. Abang belum pernah memakainya kerana itu pemberian dari teman baik abang dari Australia dan abang sangat menyukainya. 

Shima :
 Saya ingat bang.. nasib baik abang masih menyimpannya dan baju itulah yang saya gunting untuk menampal lengan baju yang hangus itu.



Suami setuju


Ada sepasang suami isteri tak pernah sependapat dalam banyak hal. Si isteri selalu merungut kepada suaminya disebabkan suaminya tak pernah menyetujui apa juga cadangan yang dibuatnya.

Suatu hari si isteri berkata kepada suaminya..

Isteri:
 Abang tak pernah ikut kemahuan saya. Semua cadangan saya tak pernah abang setuju.

Suami:
 Tak semua.. ada juga yang saya setuju.

Isteri:
 Tidak. Selama kita berkahwin belum pernah lagi abang ikut kemahuan saya

Suami: Tentu ada.. cuma tak kena tempat...

Isteri:
 Cuba abang cakap apa kemahuan saya yang abang akan ikut.

Suami:
 Baiklah, katakan ada dua buah bilik untuk menumpang tidur, setiap satu bilik masing-masing ada seorang lelaki dan seorang wanita. Yang mana satu bilik yang awak akan tumpang tidur?

Isteri:
 Sudah tentulah saya masuk ke bilik yang ada wanita... Tak kan saya masuk bilik yang ada lelaki pulak..

Suami:
 Haa... saya pun akan masuk bilik yang ada wanita.... Kan saya setuju dengan awak..!!

Isteri:
 (Nada marah) Dasar lelaki.....!!! Kalau berani buatlah... aku cincang 8 anu' kau..

Suami:
 Aii.. bila aku setuju awak marah pulak...!!!


Hilang duit



Pada suatu hari di sebuah Sekolah Rendah, ketika itu waktu rehat dan terlihat di halaman sekolah tersebut seorang pelajar sekolah darjah satu menangis dengan kuatnya. Lalu, bertanyalah salah seorang gurunya.

Guru :
 "Kenapa menangis?"
Anak :
 "Duit saya hilang sepuluh ringgit Cikgu" (jawabnya sambil menangis)
Guru :
 "Sudahlah jangan menangis ye...nih Cikgu beri sepuluh ringgit."

Namun pelajar tersebut menangis semakin kuat. Cikgu pun menjadi lebih hairan.

Guru :
 "Aik... menangis semakin kuat? Kan Cikgu sudah ganti sepuluh ringgit."
Anak
 : "Iya Cikgu...tapi kalau tadi duit saya tidak hilang,kan sekarang duit saya ada dua puluh ringgit."
Guru :
 "??!!!"





Bil telefon melambung



Bil telefon sebuah keluarga naik melambung. Suami telah memanggil semua ahli keluarga untuk berbincang;

Suami :
 Ini dah melampau. Gunakan telefon sesuka hati. Ayah tak gunakan telefon rumah, ayah gunakan telefon tempat ayah bekerja.

Isteri :
 Saya pun sama juga, gunakan telefon tempat saya bekerja.

Anak :
 Oh sori..saya gunakan SMS sahaja. Untuk panggilan saya gunakan telefon tempat saya bekerja juga.

Maid :
 Jadi apa masalahnya? Semua orang gunakan telefon tempat bekerja. Sama juga dengan saya






merepek: hahak....skang aknyer crita lucu da msok yg ke 3..lau ad idea ag..ak wat ag larh ea...

               nk pecah pale crik cte2 nie ngn prah otak nk wat nie..huhu..btw thnk pd followers2 ak..

               thnk sgt2....syg korank...ank beruk atas ktil hrp2 korang sllu chill..salam

No comments:

Post a Comment